Wednesday 6 November 2013

Johan Anugerah PIBG Cemerlang NS 2013- Tahniah!



TAHNIAH & SYABAS!

PIBG  CEMERLANG  (Kategori Bandar) tahun 2013 , Peringkat Negeri Sembilan  telah dimenangi oleh SMKTTJ ) . Pertandingan peringkat negeri ini telah diadakan di Balai Gadang, JPNS pada 4 November 2013 melibatkan 12 sekolah kategori Bandar dan 12 sekolah kategori luar bandar.

Tidaklah menjadi sia-sia pengorbanan dan usaha gigih yang telah ditunjukkan oleh para guru dan dibantu oleh para penjaga terutamanya para ibu yang bersama-sama terlibat di dalam persediaan menghadapi penilaian ini serta memberikan sokongan moral sejak daripada pertandingan peringkat daerah Seremban tempohari.

Dipetik dari Bicara Pengetua

Para juri yang mengadili pertandingan.

 
Pembentangan PIBG & Sarana Smkttj oleh Pn. Zurina Zainuddin.

 Sebahagian guru & ibu bapa memberi sokongan moral.

 


Sunday 3 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435H 2013


PIBG mengucapkan "Salam Maal Hijrah 1434H"  kepada semua guru, staf dan ibu bapa yang beragama Islam.

"Awal Muharram" atau "Maal Hijrah" merupakan suatu hari yang penting bagi umat islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhamamad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Saturday 2 November 2013

Persediaan Penilaian PIBG Cemerlang Peringkat Negeri 2013

Kerja keras semua terbalas dengan kejayaan menjadi Johan PIBG Cemerlang Negeri Sembilan 2013 ( Kategori Sekolah Menengah Bandar) dan akan mewakili N. Sembilan ke peringkat kebangsaan. Semoga kita akan terus berjaya dengan cemerlang di peringkat kebangsaan.




Thursday 31 October 2013

Aksi Kecemerlangan Ibubapa, YDP ...JOHAN DAERAH SEREMBAN

KEHEBATAN pembentangan oleh pasukan PIBG daripada SMKTTJ bukan hanya terletak kepada bahan dan aktiviti yang hebat, terutamanya Program Sarana, namun ia juga terletak kepada kehebatan YDP PIBG yang menjadi pembentangnya dan komitmen ibu-ibu yang memberi sokongan.

Daripada ketrampilan yang ditunjukkan oleh Dato Nordin dan kehebatan pembentanganya, mudah untuk menarik perhatian ahli panel untuk mengagumi pencapaian dan penglibatan PIBG di dalam membantu sekolah melalui program-program yang disusun. Ketenagan dan kepetahan bertutur menjadikan penyampaiannya yang lancar dan lengkap . Tahniah, Dato...

kehebatan juga terlihat jelas daripada komitmen ibu-ibu yang terus membantu pasukan kita ini. Tanpa diarah dan diberikan tunjukajar, mereka amat mudah melakukan tugas dengan sendiri. Mereka hadir memang dengan sebenar-benar hadir sambil memberi khidmat. Tidak kekok untuk mengangkat kotak- kotak berisi fail, menyusunnya di atas meja dan bersedia jika disoal berkaitan perjalanan sekolah. Itulah kehebatan ibu-ibu di SMKTTJ...

Alhamdulillah..berkat kesabaran dan kegigihan semua , SMKTTJ telah terpilih sebagai johan dan mewakili daerah Seremban ke peringkat negeri pada 4 November ini nanti.

Dipetik dari Bicara Pengetua






Persiapan untuk Penilaian PIBG Cemerlang PPD Seremban

HEBAT...DAN SYABAS!

Beginilah semangat yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Persiapan Anugerah PIBG Cemerlang peringkat Daerah Seremban dari SMKTTJ.

Semangat dan motivasinya juga datang daripada komitmen yang ditunjukkan oleh YDP PIBG sekolah ini sendiri iaitu Dato Mohammad Nordin yang bersedia menjalani latihan pra-penilaian pembentangan ' untyuk majlis yang diadakan pada hari selasa 29 Okt 2013 , jam 8.00 pagi di SK Sikamat.

Dato YDP 'terpaksa ' menjalani 2 kali latihan pembentangan sebelum pembentangan sebenarnya. Pada 28 Oktober 2013, beliau terpaksa membentangkan buat kali pertama pada jam 2 .00 petang dan kali kedua pula pada jam 6.00 petang.

Pada pembentangan yang pertama, terdapat beberapa kelemahan dari segi datan dan bahan yang menyokong pembentangan. Pada pembentangan kedua pula , yang turut dihadiri oleh Tuan Pengetua di samping AJK yang lain, beliau terpaksa membentangkannya sekali lagi dengan tambahan bahan dan bukti dokumentasi yang baru.

Semua AJK yang hadir pada petang itu, yang terdiri daripada Pengetua, Cik Norliza Nordin (SU PIBG), Puan Sabariah, Puan Hasni dan Encik Ramalinggam, telah memberikan pandangan dan berkongsi idea untuk memamstikan pembentangan yang dihasilkan berkesan dan mampu menjadi johan.

Dipetik dari Bicara Pengetua