Thursday 31 October 2013

Aksi Kecemerlangan Ibubapa, YDP ...JOHAN DAERAH SEREMBAN

KEHEBATAN pembentangan oleh pasukan PIBG daripada SMKTTJ bukan hanya terletak kepada bahan dan aktiviti yang hebat, terutamanya Program Sarana, namun ia juga terletak kepada kehebatan YDP PIBG yang menjadi pembentangnya dan komitmen ibu-ibu yang memberi sokongan.

Daripada ketrampilan yang ditunjukkan oleh Dato Nordin dan kehebatan pembentanganya, mudah untuk menarik perhatian ahli panel untuk mengagumi pencapaian dan penglibatan PIBG di dalam membantu sekolah melalui program-program yang disusun. Ketenagan dan kepetahan bertutur menjadikan penyampaiannya yang lancar dan lengkap . Tahniah, Dato...

kehebatan juga terlihat jelas daripada komitmen ibu-ibu yang terus membantu pasukan kita ini. Tanpa diarah dan diberikan tunjukajar, mereka amat mudah melakukan tugas dengan sendiri. Mereka hadir memang dengan sebenar-benar hadir sambil memberi khidmat. Tidak kekok untuk mengangkat kotak- kotak berisi fail, menyusunnya di atas meja dan bersedia jika disoal berkaitan perjalanan sekolah. Itulah kehebatan ibu-ibu di SMKTTJ...

Alhamdulillah..berkat kesabaran dan kegigihan semua , SMKTTJ telah terpilih sebagai johan dan mewakili daerah Seremban ke peringkat negeri pada 4 November ini nanti.

Dipetik dari Bicara Pengetua






Persiapan untuk Penilaian PIBG Cemerlang PPD Seremban

HEBAT...DAN SYABAS!

Beginilah semangat yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Persiapan Anugerah PIBG Cemerlang peringkat Daerah Seremban dari SMKTTJ.

Semangat dan motivasinya juga datang daripada komitmen yang ditunjukkan oleh YDP PIBG sekolah ini sendiri iaitu Dato Mohammad Nordin yang bersedia menjalani latihan pra-penilaian pembentangan ' untyuk majlis yang diadakan pada hari selasa 29 Okt 2013 , jam 8.00 pagi di SK Sikamat.

Dato YDP 'terpaksa ' menjalani 2 kali latihan pembentangan sebelum pembentangan sebenarnya. Pada 28 Oktober 2013, beliau terpaksa membentangkan buat kali pertama pada jam 2 .00 petang dan kali kedua pula pada jam 6.00 petang.

Pada pembentangan yang pertama, terdapat beberapa kelemahan dari segi datan dan bahan yang menyokong pembentangan. Pada pembentangan kedua pula , yang turut dihadiri oleh Tuan Pengetua di samping AJK yang lain, beliau terpaksa membentangkannya sekali lagi dengan tambahan bahan dan bukti dokumentasi yang baru.

Semua AJK yang hadir pada petang itu, yang terdiri daripada Pengetua, Cik Norliza Nordin (SU PIBG), Puan Sabariah, Puan Hasni dan Encik Ramalinggam, telah memberikan pandangan dan berkongsi idea untuk memamstikan pembentangan yang dihasilkan berkesan dan mampu menjadi johan.

Dipetik dari Bicara Pengetua





Tuesday 15 October 2013

Hari Graduasi 2013

Tanggal 12 Oktober 2013 ( Sabtu ) ..bertempat di INTI International University Colleges telah berlangsung hari graduasi SMKTTJ kali ke-2 . Majlis yang menonjolkan jobah berwarna hitam ini dianggap majlis paling berprestij untuk sekolah. Kehadiran ibu bapa untuk bersama meraikan majlis meraikan anak-anak mereka yang bakal menduduki SPM 2013 pada November nanti mampu menyuntik semangat calon SPM SMKTTJ. Tahniah kepada ibu bapa kerana masih sudi meluangkan sedikit waktu dalam memastikan kejayaan anak-anak.  Tahniah dan selamat menduduki peperiksaan SPM.

















Tuesday 8 October 2013

Tag Sarana

TERKINI daripada Sarana SMKTTJ adalah penggunaan tag pengenalan kepada semua partners Sarana SMKTTJ iaitu ibubapa, PIBG, komuniti , swasta dan Ngo

Penggunaan tag ini adalah untuk kemudahan sebagai pengenalan diri semua partners SMKTTJ di dalam setiap aktiviti yang diadakan dan juga sebagai pas masuk ke kawasan sekolah pada bila-bila masa.

Penggunaan tag ini amat disambut baik oleh semua ibubapa dan partners SMKTTJ sebagai satu penghormatan dan tanda terima kasih pihak sekolah dan PIBG di dalam menghargai sokongan dan penglibatan mereka membantu sekolah di dalam setiap program yang diadakan.