Saturday 21 July 2012

MARHABAN YA RAMADHAN

                            MARHABAN YA RAMADHAN


Seperti yang sedia maklum, 21 Julai adalah bersamaan dengan 1 Ramadhan 1433 H . Semua umat Islam di serata dunia akan mula menjalani ibadah puasa pada 1 Ramadhan. Umat Islam disunatkan untuk pergi bersolat tarawikh di surau atau masjid-masjid berdekatan. Kita juga hendaklah mengumpul pahala pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Justeru itu, pihak sekolah merancang untuk mengedarkan senaskhah Al-Quran kepada pelajar. Al-Quran tersebut merupakan sumbangan dari pihak tertentu termasuk para pelajar SMKTTJ. Majlis katham Al-Quran akan diadakan pada 19 Ramadhan. Selain itu, pihak sekolah telah mengatur jadual para pelajar bagi menyediakan suatu slot kursus membaca Al-Quran terutamanya ketika waktu Pendidikan Islam.  Akhir sekali, warga PIBG SMK TTJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Menjalani Ibadah Puasa .

.




-PIBG SMKTTJ-

Friday 20 July 2012

PERLANTIKAN PENGAWAS 2012

Pengetua SMKTTj telah meminta badan pengawas untuk melakukan pelantikan pengawas baharu bagi memberi ruang kepada tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM tidak lama lagi.. Dengan ini, pengawas perpustakaan mengadakan acara perlantikan pengawas baharu yang diadakan di Dataran Cendekiawan. Majlis ini berlansung pada pagi Isnin iaitu ketika perhimpunan rasmi.














-PIBG SMKTTJ-

Tuesday 10 July 2012

LAWATAN DR PEGAWAI..

Pada 10 Julai juga, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar telah didatangi oleh 104 orang pegawai yang akan melihat penggunaan ICT dalam pembelajaran di sekolah. Mereka telah hadir seawal 10.00 pagi dengan dua bas. Mereka telah berkumpul di bilik mesyuarat. Kemudian mereka dibawa ke bilik-bilik yang menggunakan Activ Board. Setelah semuanya selesai, mereka dibawa untuk menghadiri jamuan yang telah disediakan di Bilik Utiliti. Kerjasama dari pelajar dan guru amat memuaskan.

-PIBG SMKTTJ-

SENAMROBIK 1 MALAYSIA

Pada 10 Julai 2012, pihak sekolah telah menganjurkan senamrobik 1 Malaysia yang telah disarankan oleh kerajaan. Acara ini dilakukan serentak di sekolah-sekolah sekitar Malaysia. Acara tersebut berlansung seawal 8 hingga 9 pagi. Perlaksanaan acara senamrobik 1 Malaysia diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar . Tambahan lagi, acara senamrobik tersebut telah mendapat tempat dalam Malaysia Book Of Records..






-PIBG SMKTTJ-

KARNIVAL GEGARIA 2012

Pada 7 dan 8 Julai 2012, pihak sekolah telah mengadakan Karnival Gegaria 2012 yang dihadiri pelajar dan masyarakat luar.. Karnival tersebut merupakan gabungan Hari Usahawan dan sebagainya.. Karnival tersebut berlansung di sekitar persekitaran sekolah. Terdapat pelbagai pameran, jualan dan aktiviti yang disediakan sepanjang karnival tersebut berjalan.. Antaranya ialah jualan gerai kelab dan persatuan, pameran dari MAHA, dan TTJ Idol. Ternyata karnival tersebut mendapat sambutan dari pelajar dan pengunjung luar yang telah hadir.










-PIBG SMKTTJ-