Pada 10 Julai juga, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar telah didatangi oleh 104 orang pegawai yang akan melihat penggunaan ICT dalam pembelajaran di sekolah. Mereka telah hadir seawal 10.00 pagi dengan dua bas. Mereka telah berkumpul di bilik mesyuarat. Kemudian mereka dibawa ke bilik-bilik yang menggunakan Activ Board. Setelah semuanya selesai, mereka dibawa untuk menghadiri jamuan yang telah disediakan di Bilik Utiliti. Kerjasama dari pelajar dan guru amat memuaskan.
-PIBG SMKTTJ-
Tuesday, 10 July 2012
SENAMROBIK 1 MALAYSIA
Pada 10 Julai 2012, pihak sekolah telah menganjurkan senamrobik 1 Malaysia yang telah disarankan oleh kerajaan. Acara ini dilakukan serentak di sekolah-sekolah sekitar Malaysia. Acara tersebut berlansung seawal 8 hingga 9 pagi. Perlaksanaan acara senamrobik 1 Malaysia diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar . Tambahan lagi, acara senamrobik tersebut telah mendapat tempat dalam Malaysia Book Of Records..
-PIBG SMKTTJ-
-PIBG SMKTTJ-
KARNIVAL GEGARIA 2012
Pada 7 dan 8 Julai 2012, pihak sekolah telah mengadakan Karnival Gegaria 2012 yang dihadiri pelajar dan masyarakat luar.. Karnival tersebut merupakan gabungan Hari Usahawan dan sebagainya.. Karnival tersebut berlansung di sekitar persekitaran sekolah. Terdapat pelbagai pameran, jualan dan aktiviti yang disediakan sepanjang karnival tersebut berjalan.. Antaranya ialah jualan gerai kelab dan persatuan, pameran dari MAHA, dan TTJ Idol. Ternyata karnival tersebut mendapat sambutan dari pelajar dan pengunjung luar yang telah hadir.
-PIBG SMKTTJ-
-PIBG SMKTTJ-
Saturday, 30 June 2012
HARI SUKAN TAHUNAN KALI KE-11
Pada 29.6.2012, Hari Olahraga peringkat sekolah telah berlansung di Padang Smk Taman Tuanku Jaafar.
Majlis telah bermula pada jam 8.0o pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari.. Penyertaan dari pelajar amat menggalakkan. Seperti tahun lalu, laksamana merangkul gelaran juara keseluruhan diikuti syahbandar, temenngung dan bendahara.. Program tersebut berjalan dengan jayanya.. Bagi menyerikan majlis, pihak sekolah telah menjemput Yang Dipertua PIBG sebagai tetamu jemputan. Terdapat juga penyertaan dari wakil sekolah lain seperti Smk Seremban Jaya dan Smk Jelai Felda dalam acara 4x100 meter.

PERJUMPAAN TIGA PENJURU
Pada 28 . 6 , pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan 3 penjuru diantara penjaga , guru dan pelajar.
-PIBG SMKTTJ-
Program tersebut telah diadakan di kelas masing-masing. Kehadiran penjaga amat menggalakkan.
Program tersebut diadakan bagi membincangkan prestasi murid.
-PIBG SMKTTJ-
Subscribe to:
Posts (Atom)